Tuesday, November 24, 2009

Puisi??

Aku bukanlah penyajak,atau penyair..tapi nukilan ni lahir dari suara hati..tulis apa yg aku rasakan..tanggal 16 syawal.

aku teraba-raba mencari pedoman
jiwa meronta-ronta kedahagaan
naluri berteriak rindukan ketenangan

kepada siapakah harus aku suarakan?
kepada apakah harus aku sandarkan?
kata hati
yang sangat merinduiMu
yang sangat mencintaiMu

basahlah sudah lidahku
dengan puji-pujian pada Mu
luluhlah hatiku
dengan kebesaran Mu
damailah akhirnya
sanubariku
tenanglah jiwa ini
dalam lindunganMu

wahai hati
wahai naluri
ingatlah
sujudku
ibadah ku, hidupku dan matiku
hanyalah semata-mata kerana Mu Ya Allah.

Monday, November 23, 2009

Keutamaan berpuasa pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah

Salaam.Bulan Zulhijjah adalah dimana umat2 islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha dan digalakkan untuk melakukan ibadat korban. Pada 9 Zulhijjah iaitu sehari sebelum hari raya,umat2 islam yg melakukan ibadah haji akan mengerjakan wukuf di Padang Arafah.
Kita akan menyambut raya haji hari jumaat ni.hari khamis,insyaallah kami sekeluarga akan balik kampung di kelate..oh ya..sunat berpuasa pada hari khamis tu 9 zulhijjah bersamaan hari arafah.Hadis dari Abu Qatadah ra, Rasulullah bersabda "Puasa pada hari Arafah dapat menghapuskan dosa pada tahun lalu dan tahun berikutnya" (riwayat oleh Muslim).

Dari Ibnu Abbas r.a, beliau berkata "Rasulullah saw bersabda, Tiada hari dimana amal soleh didalamnya lebih dicintai oleh Allah selain dari pada sepuluh hari pertama bulan zulhijjah"..

ok..chow!